SEJARAH AWAL JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Sukarelawan JPAM
Perkongsiaan Mengenai Ilmu, aktiviti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Wednesday, 26 August 2015
Tuesday, 30 June 2015
MERS 999
Apa itu MERS 999?
Sistem bersepadu yang menggabungkan 5 agensi bantuan kecemasan dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan penggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.
Agensi dalam MERS 999.
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)
Fungsi MERS 999
Bilakah waktu untuk menghubungi 999?
Bila Bantuan diperlukan ketika kecemasan dan hanya ketika kecemasan
Keadaan dimana tidak perlu menghubungi 999?
Jangan hubungi 999 untuk keadaan tidak terdesak. Jika keadaan tidak merbahaya dan tindakan serta merta tidak diperlukan contohnya bila tiada risiko kepada nyawa dan harta benda atau jika pesalah telah beredar dan kemungkinan besar ia tidak kembali, maka itu bukan dikira sebagai kecemasan. masa yang terbuang menjawab panggilan- panggilan seperti ini boleh digunakan untuk menjawab panggilan kecemasan yang tulen.
Bagaimana untuk menghubungi 999?
Nombor 999 boleh dihubungi daripada mana-mana talian tetap atau mudah alih
Apa yang berlaku bila 999 dihubungi?
Operator 999 akan menjawab panggilan anda dalam masa 10 saat
Maklumat yang diperlukan?

- Bila operator menjawab panggilan, terangkan situasi kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka. Maklumatyang diberikan adalah penting untuk menentukan badan kecemasan yang perlu memberikan tindak balas
- Sila bertenang. Apabila pemanggil berada dalam keadaan tidak tenteram, sukar untuk maklumat-maklumat penting diterima dengan jelas.
- Tunggu ditalian. Jangan letak telepon.
- Berikan nama dan alamat. Jika tempat kejadian berbeza dengan alamat, sila pastikan operator diberitahu.
- dalam keadaan kecemasan perubatan, sila bersabar ketika memberikan maklumat kepada operatorsupaya tahap keparahan dapat dikenal Pasti. Pemanggil akan diberikan nasihat tentang cara-cara mengendalikan pesakit ketika bantuan dalam perjalana.
Monday, 22 June 2015
NAMA DAN SINGKATAN YANG UTAMA DALAM JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
JPAM
|
Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia
|
PNPA
|
Pejabat Negeri
Pertahanan Awa m
|
PDPA
|
Pejabat Dearah
Pertahanan Awam
|
PUPA
|
Pejabat Unit
Pertahanan Awam
|
ALPHA
|
Akademi Latihan
Pertahanan Awam
|
PASPA
|
Pasukan Khas
Pertahanan Awam
|
ASTP
|
Anggota Sukarelawan
Tugas Pejabat
|
ASTO
|
Anggota Sukarelawan
Tugas Operasi
|
PSS
JPAM
|
Polis Simpanan
Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
|
NKRA
|
National Key Result
Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara)
|
SISPA
|
Siswa-siswi Pertahanan
Awam
|
KAPA
|
Kadet Sekolah
Pertahanan Awam
|
LPS
|
Latihan Penduduk
Setempat
|
LOA
|
Latihan Orang Awam
|
LMM
|
Latihan Mengikut Mata
Pelajaran
|
CDERT
|
Civil Defence
Emergency Respond Team
|
PROKSPA
|
Program Keselamatan Sekolah
Rendah Pertahanan Awam
|
Thursday, 18 June 2015
Sukarelawan Pertahanan Awam
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :
- Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
- Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
- Mempelajari ilmu Pertahanan Awam
Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
- Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
- Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
- Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.
Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
- Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
- Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
- Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
Faedah Menyertai Anggota
- Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
- Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
- Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat belajar seni mempertahankan diri
- Dapat belajar membaca peta dan kompas
- Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Dapat belajar asas kebombaan
- Dapat belajar asas menyelamat
- Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
Kemudahan-Kemudahan
- Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Mendapat elaun berkhidmat
- Mendapat Uniform percuma
- Menerima bounti (Saguhati) tahunan
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
Cara Memohon Sukarelawan
- Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
- Selain itu, kepada yang berminat boleh juga datang ke mana-mana pejabat Pertahanan Awam seluruh Malaysia
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud
Assalammualaikum....
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Jabatan pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud Secara Rasminya telah mendapat pejabat sendiri pada Januari 2015. Keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia pada awal penubuhannya adalah lebih kurang 50 ahli sahaja. Sehingga kini, keanggotaan Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah mencapai lebih 300 orang anggota yang berdaftar di bawah Unit Kota Belud.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud ditubuhkan dibawah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Dearah Kota Marudu.
Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud terletak di Bangunan Lama Pejabat Dearah Kota Belud Tingkat 2.
Antara aktiviti yang telah dijalan sepanjang tahun 2015 ialah

- Penempatan anggota Siap sedia
- Anggota Sukarelawan Tugas Pejabat (ASTP) seramai 3 Orang
- Anggota Sukarelawan Tugas Operasi (ASTO) Seramai 4 Orang
- Sukarelawan Simpanan Polis JPAM Tugas NKRA seramai 10 Orang
- Pengambilan Anggota Asas Baru
- Latihan Pasukan setiap bulan
- Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
- Program Keselamatan Sekolah Rendah (PROKSPA)
Ditulis Pada:
18 Jun 2015
Pejabat JPAM
1518 Pm
Tuesday, 16 June 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)