Azahari

Azahari

Pages

Tuesday, 30 June 2015

MERS 999

Apa itu MERS 999?

Sistem bersepadu yang menggabungkan 5 agensi bantuan kecemasan dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan penggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.

Agensi dalam MERS 999.





POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)











      JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)











KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)






      



       JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)







    



AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)









Fungsi MERS 999
 Bilakah waktu untuk menghubungi 999?
Bila Bantuan diperlukan ketika kecemasan dan hanya ketika kecemasan

Keadaan dimana tidak perlu menghubungi 999?
Jangan hubungi 999 untuk keadaan tidak terdesak. Jika keadaan tidak merbahaya dan tindakan serta merta tidak diperlukan contohnya bila tiada risiko kepada nyawa dan harta benda atau jika pesalah telah beredar dan kemungkinan besar ia tidak kembali, maka itu bukan dikira sebagai kecemasan. masa yang terbuang menjawab panggilan- panggilan seperti ini boleh digunakan untuk menjawab panggilan kecemasan yang tulen.

Bagaimana untuk menghubungi 999?
Nombor 999 boleh dihubungi daripada mana-mana talian tetap atau mudah alih

Apa yang berlaku bila 999 dihubungi?
Operator 999 akan menjawab panggilan anda dalam masa 10 saat

Maklumat yang diperlukan?

  • Bila operator menjawab panggilan, terangkan situasi kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka. Maklumatyang diberikan adalah penting untuk menentukan badan kecemasan yang perlu memberikan tindak balas
  • Sila bertenang. Apabila pemanggil berada dalam keadaan tidak tenteram, sukar untuk maklumat-maklumat penting diterima dengan jelas.
  • Tunggu ditalian. Jangan letak telepon.
  • Berikan nama dan alamat. Jika tempat kejadian berbeza dengan alamat, sila pastikan operator diberitahu.
  • dalam keadaan kecemasan perubatan, sila bersabar ketika memberikan maklumat kepada operatorsupaya tahap keparahan dapat dikenal Pasti. Pemanggil akan diberikan nasihat tentang cara-cara mengendalikan pesakit ketika bantuan dalam perjalana.


Monday, 22 June 2015

NAMA DAN SINGKATAN YANG UTAMA DALAM JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

JPAM
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
PNPA
Pejabat Negeri Pertahanan Awa m
PDPA
Pejabat Dearah Pertahanan Awam
PUPA
Pejabat Unit Pertahanan Awam
ALPHA
Akademi Latihan Pertahanan Awam
PASPA
Pasukan Khas Pertahanan Awam
ASTP
Anggota Sukarelawan Tugas Pejabat
ASTO
Anggota Sukarelawan Tugas Operasi
PSS JPAM
Polis Simpanan Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
NKRA
National Key Result Areas (Bidang Keberhasilan Utama Negara)
SISPA
Siswa-siswi Pertahanan Awam
KAPA
Kadet Sekolah Pertahanan Awam
LPS
Latihan Penduduk Setempat
LOA
Latihan Orang Awam
LMM
Latihan Mengikut Mata Pelajaran
CDERT
Civil Defence Emergency Respond Team
PROKSPA
Program Keselamatan Sekolah Rendah Pertahanan Awam


Thursday, 18 June 2015

Sukarelawan Pertahanan Awam

Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :
  • Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
  • Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
  • Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-
  • Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.
  • Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamat.
  • Membantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.

Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
  •  Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
  • Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
  • Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Faedah Menyertai Anggota


  • Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
  • Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
  • Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
  • Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
  • Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
  • Belajar tatacara berpakaian seragam
  • Dapat belajar seni mempertahankan diri
  • Dapat belajar membaca peta dan kompas
  • Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
  • Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
  • Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
  • Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
  • Dapat belajar asas kebombaan
  • Dapat belajar asas menyelamat
  • Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku

Kemudahan-Kemudahan

  • Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
  • Mendapat elaun berkhidmat
  • Mendapat Uniform percuma
  • Menerima bounti (Saguhati) tahunan
  • Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia

Cara Memohon Sukarelawan

  • Permohonan boleh di buat secara on-line melalui Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL) yang terdapat di muka hadapan laman web Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Selain itu, kepada yang berminat boleh juga datang ke mana-mana pejabat Pertahanan Awam seluruh Malaysia

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud

Assalammualaikum....

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Jabatan pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud Secara Rasminya telah mendapat pejabat sendiri pada Januari 2015. Keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia pada awal penubuhannya adalah lebih kurang 50 ahli sahaja. Sehingga kini, keanggotaan Sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah mencapai lebih 300 orang anggota yang berdaftar di bawah Unit Kota Belud.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud ditubuhkan dibawah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Dearah Kota Marudu.

Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Kota Belud terletak di Bangunan Lama Pejabat Dearah Kota Belud Tingkat 2.

Antara aktiviti yang telah dijalan sepanjang tahun 2015 ialah

  • Penempatan anggota Siap sedia
    • Anggota Sukarelawan Tugas Pejabat (ASTP) seramai 3 Orang
    • Anggota Sukarelawan Tugas Operasi (ASTO) Seramai 4 Orang
    • Sukarelawan Simpanan Polis JPAM Tugas NKRA seramai 10 Orang
  • Pengambilan Anggota Asas Baru
  • Latihan Pasukan setiap bulan
  • Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
  • Program Keselamatan Sekolah Rendah (PROKSPA)



Ditulis Pada:
18 Jun 2015
Pejabat JPAM
1518 Pm

Tuesday, 16 June 2015