Sistem bersepadu yang menggabungkan 5 agensi bantuan kecemasan dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan penggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.
Agensi dalam MERS 999.
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)
AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)
Fungsi MERS 999
Bilakah waktu untuk menghubungi 999?
Bila Bantuan diperlukan ketika kecemasan dan hanya ketika kecemasan
Keadaan dimana tidak perlu menghubungi 999?
Jangan hubungi 999 untuk keadaan tidak terdesak. Jika keadaan tidak merbahaya dan tindakan serta merta tidak diperlukan contohnya bila tiada risiko kepada nyawa dan harta benda atau jika pesalah telah beredar dan kemungkinan besar ia tidak kembali, maka itu bukan dikira sebagai kecemasan. masa yang terbuang menjawab panggilan- panggilan seperti ini boleh digunakan untuk menjawab panggilan kecemasan yang tulen.
Bagaimana untuk menghubungi 999?
Nombor 999 boleh dihubungi daripada mana-mana talian tetap atau mudah alih
Apa yang berlaku bila 999 dihubungi?
Operator 999 akan menjawab panggilan anda dalam masa 10 saat
Maklumat yang diperlukan?
- Bila operator menjawab panggilan, terangkan situasi kecemasan dengan jelas dan jawab soalan mereka. Maklumatyang diberikan adalah penting untuk menentukan badan kecemasan yang perlu memberikan tindak balas
- Sila bertenang. Apabila pemanggil berada dalam keadaan tidak tenteram, sukar untuk maklumat-maklumat penting diterima dengan jelas.
- Tunggu ditalian. Jangan letak telepon.
- Berikan nama dan alamat. Jika tempat kejadian berbeza dengan alamat, sila pastikan operator diberitahu.
- dalam keadaan kecemasan perubatan, sila bersabar ketika memberikan maklumat kepada operatorsupaya tahap keparahan dapat dikenal Pasti. Pemanggil akan diberikan nasihat tentang cara-cara mengendalikan pesakit ketika bantuan dalam perjalana.